Sabar
Friday, 16 March 2012 • 00:41 • 0 comments Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahalamereka dengan tidak terkira. Rasulullah S.A.W bersabda, "Sabar itu pelindung dari bala dan kesusahan dan pembantu bagi kehendak dan urusan" Sesungguhnya orang yang penyabar dialah paling mulia dan paling kebal (tidak tertewas). Jika mereka tidak henti-henti memarahimu, balaslah dengan kesabaran. Kamu akan diganjari dan akan dipuji dan kemarahan mereka lambat-laun akan reda. Lihatlah betapa hebatnya sifat menahan marah meskipun saya sendiri berasa amat payah untuk mengamalkannya. Sabar sangat diperlukan terutamanya menghadapi cabaran atau rintangan dan juga saat-saat getir. Dalam sabda Rasulullah di atas ,baginda ada menyatakan bahawa sabar itu pembantu bagi kehendak dan urusan. Maksudnya ialah kesabaran sangat diperlukan ketika menyelesaikan sesuatu urusan. Jika tiada kesabaran, hati juga tidak mudah tenang dan sentiasa berasa gelisah, jadi urusan atau masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan. |
MY WORDS;
![]() GIVE ME YOUR WORDS;
![]() OTHERS;
♥ >>
date : NOW
at:10 am
♥ >>
date : 12/12/12
at: 12pm
♥ >> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm
BLOG ARCHIVE; |