<3 Blog Gadis Simple <3 ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Friday, 17 February 2012 • 05:05 • 0 comments
                                              
                                                               lelaki idaman muslimah..
Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya
Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang
menyuarakan kebenaran
Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia
Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah.


PASTFUTURE
MY WORDS;
HELLO , im from Terengganu . Im just a simple girl that have big dream. I just want to make 2 things in this world that fulled with challenges. They are making my parents happy and sucess in live..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>>
date : NOW
at:10 am


>>
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • percutian di Indonesia
  •              ke maner pulak yer nak melancong tahu...
  • Ahlan Wasahlan: bahagian jantung manusia
  • bahagian paru-paru
  • bahagian jantung manusia
  •        rupernye best jugak citer korea yang ditaya...
  • <object type="application/x-shockwave-flash" style...
  • Lelaki Berkepala Keldai Keluar dari Kubur dan Mend...
  •          Adam… Kau bilang dirimu hebat dan kuat ib...
  • SARAPAN TIKUS