<3 Blog Gadis Simple <3 ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
SeTiaP pErteMuan pAsti Ada PerPisAhan
Sunday 10 February 2013 • 21:37 • 1 comments
    

              Benarlah bahawa setiap peremuan pasti akan ada perpisahan dan sekarang perpisahan itu sedang belaku dalam hidupku ketika ini. Memandangkan agak ramai rakan-rakanku yg mndapat keputusan cemerlang pada tahun ini, ada dan kebnyakan mereka memohon untuk keluar dari sekolah bagi menyambung pelajaran mereka di sekolah-sekolah yg lebih baik termasuklah aku. Tetapi apa yang ingin aku ceritakan sekarang bukanlah mengenai aku kerana tiada yg menarik tentang aku yang perlu diceritakan. Cerita ini berkisahkan tentang salah seorang sahabat baik aku....

               Sebelumnnya aku ingin memohon maaf sekiranya ada rakan-rakanku yg lain berpindah dan tidak aku sebutkan di sini kerana mungkin karangan ini akan menjadi lebih panjang sekiranya aku ceritakan satu persatu tentang mereka.

              Siti Masyitah binti Hilmi atau nama singkatannya Masyitah merupakan antara salah seorang sahabat baikku sejak tingkatan dua lagi. Ketika itu kami sama-sama memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber sekolah dan aku berasa agak selesa bersahabat dengannya. Semuanya ku rasakan sebagai kebetulan dan mungkin memang takdir kami menjadi sahabat yang akrab kerana  kami banyak bersama dalam setiap perkara bermula dengan dorm. Aku dan Masyitah sentiasa berada dalam dorm yang sama bermula dari tingkatan dua sehinggalah tahun lepas malah kami juga bersama-sama jawatan sebagai pengawas surau. Pahit manis, penat lelah kami harungi bersama. Dan yang paling aku tidak akan lupakan sampai bila-bila pun ialah ketika kami bergaduh....ha3...kelakar pula mengingatkannya kerana setiap pergaduhan pasti diakhiri dengan surat-menyurat....kadang2 terasa macam zaman sekolah rendah dulu....

              Semuanya hanya akan tinggal kenangan bermula pada minggu hadapan kerana Masyitah akan meninggalkan aku dan teman-teman yang lain bagi menyambung pengajiaanya di tingkatan empat di Institut al-Quran Terengganu (IQT). Walaupun berat untuk melepaskannya pergi namun apakan dayaku insan yang lemah ini untuk menghalangnya. Aku mendoakan dia berjaya menjadi seorang hafizah seperti diharapkan keluarganya.

             Kepada Masyitah....maafkan aku sekiranya aku menyakiti hatimu dengan perbuatanku selama ini kerana aku bukanlah insan yang sempurna. Andai umurku panjang, aku berharap engkau tidak melupakan aku dan kita dapat berjumpa lagi....

            Jadilah gadis yang kuat di sana dan ku harapkan engkau berjaya....bitaufik wannnajah....

            I luv u so


                                                                                                   Yang Ikhlas,
                                                                                           Zatil Hanani Che Ariffin



                                                             
 
inilah Masyitah.....lawakan...hu3....
but be careful....cheetah ni makan org....
koh3.......gura neh....
ho3....hok tudung pink 2 NENEK.....
nek....mude napok...<paka safi rania
-_-
 
 
                                                                  
                      
                                                        
   


PASTFUTURE
MY WORDS;
HELLO , im from Terengganu . Im just a simple girl that have big dream. I just want to make 2 things in this world that fulled with challenges. They are making my parents happy and sucess in live..

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>>
date : NOW
at:10 am


>>
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Number One For Me
  • Cinta Itu Indah
  • Mencintai Dalam Diam
  • Mustafa Kamal Ataturk
  • Kisah Pelajar UIa Mimpi Jumpa Rasulullah
  •                                              ...
  •                                                 ...
  •  
  •                         Kebaikan itu semuanya...
  •               Cuba teka siapa dia dlm gambar n...